Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Mengejar Kasih Di Hujung Senja
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Mengejar Kasih Hujung
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 2-Apr-2013 09:24
Mengejar Kasih Di Hujung Senja
SINOPSIS

Novel ini merupakan sebuah novel masyarakat garapan kisah benar yang diceritakan kepada penulis yang ketika itu pernah menjadi wartawan sebuah akhbar. Walaubagaimanapun nama asal watak telah diubah, namun plotnya tetap berkisarkan kepada kisah benar. Menceritakan kisah hidup Siti Aminah yang menjadi mangsa dera kepada bapa dan emak saudaranya, sehingga menyebabkan dia mengalami trauma dan menjadi seorang pendendam.

Ekoran kerana dendam yang bersebati di jiwa menyebabkan Siti Aminah sewaktu remajanya menyertai perjuangan komunis, kerana termakan dengan janji-janji manis pemimpin-pemimpin perjuangan itu.
Sebenarnya janji-janji manis yang ditabur hanya umpama menanam tebu dibibir mulut, dia tidak temui kebebasan dan kebahagian, menyebabkan sekali lagi dia terpaksa menghadapi saat getir sebagai banduan di hutan belantara yang sentiasa menjadi buruan. Dia gagal menemui kebahagian sejati. Hutan yang dianggap sebagai syurga, rupa-rupanya adalah penjara baginya.

Walaupun dia menemui cinta sejati bersama Leman, tetapi cabaran dan dugaan sebagai pasangan sejoli terpaksa menempuh onak duri dan ujian, dalam mempertahankan cinta mereka.

Kerana sebuah cinta, mereka sanggup melarikan diri dari hutan dan meninggalkan perjuangan yang mereka dokong.Akhirnya mereka dapat membina kebahagian di luar, setelah mendapat pengampunan dari kerajaan.

Namun saat getir sekali lagi terpaksa ditempuhi oleh Siti Aminah, setelah kematian suaminya Leman. Siti Aminah terpaksa menjadi ibu tunggal dan memikul tanggungjawab untuk membesarkan dua orang anaknya.

Apa yang menyedihkan, dalam episod seterusnya Siti Aminah terpaksa berperang dengan berbagai masalah dan kemelut yang dihadapi bersama anak-anaknya.

Anak-anaknya Safiq dan Hanim tidak dapat menerima hakikat bahawa sebenarnya ibu bapa mereka adalah bekas komunis dan mereka meninggalkan rumah kerana malu di gelar sebagai anak bekas komunis.

Sekali lagi Siti menempuh dugaan hidup selepas perang, di mana dia mendapat tekanan dari anak-anak nya.

Adakah Siti berjaya mengatasi kemelut ini…….

Akhirnya Siti Aminah keseorangan dan terpaksa di hantar ke Rumah Orang Tua Seri Kenangan, Cheras. Setiap detik dia menghitung hari untuk menanti kehadiran anak-anaknya…

Di hujung senja itulah akhirnya ,anak-anaknya kembali kepadanya untuk menghadiahkan sejambak kasih.

MAKLUMAT BUKU
Tajuk: Mengejar Kasih Di Hujung Senja
Pengarang: Zainal Taib
ISBN: 9789671173008
M/S: 373 muka surat
Penerbit: Karya Tinta
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 25.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <Mengejar Kasih Di Hujung Senja>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016