Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wacana Pemikiran Reformis Jilid I
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Wacana Pemikiran
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 26-Oct-2013 12:00
Wacana Pemikiran Reformis Jilid I
SINOPSIS:

Islam sebagai sebuah sistem kepercayaan yang dinamik terbukti melalui kompleksiti dan cabaran yang dilalui oleh umat Islam di serata dunia. Cabaran yang dilalui umat Islam serata dunia ditambah dengan kecenderungan untuk melihat Islam dengan pandangan miopik dan reduksionis, ekoran kejadian 9-11 dan apa yang kononya disebut War on Terror – Peperangan Terhadap Keganasan, yang mana lebih daripada sekadar sebuah perancangan untuk menggambarkan Islam dengan nada negatif bagi menjustifikasikan kompleks industri ketenteraan global yang berterusan.


Menghadapi latar yang keliru inilah yang menyebabkan perjuangan untuk memberikan nafas, dinamik dan kekuatan kepada normatif pemikiran dan praksis umat Islam berterusan. Dan konteks ini jugalah yang menggerakkan penulisan artikel-artikel di dalam buku ini. Wacana Pemikiran Reformis muncul tepat pada masanya dalam bidang persuratan pemikiran kontemporari Muslim, kerana ia mengajukan keperihatinan masa ini terhadap masyarakat Islam moden yang terperangkap dalam kebuntuan.


Masyarakat Muslim telah terdedah kepada kesan globalisasi, urbanisasi, pendidikan massa dan kemajuan sosio-budaya yang dibawa melalui emansipasi wanita, golongan marhein dan anak muda dikota; tetapi pada masa yang sama mereka tidak mampu memanfaatkan kuasa globalisasi disebabkan proses marjinalisasi ekonomi dan politik. Oleh itu, bagaimanakah umat Islam hari ini dapat maju dan menjadi aktor sepenuhnya masa dalam pentas pembangunan global?


Esei-esei di dalam antologi ini ditulis dengan mempertimbangkan perkara-perkara ini; jelas dan jujur dalam penilaian mereka, dan bertenaga dalam penampilanya. Ia mengajak kita untuk menilai kembali ide-ide generasi awal para pemikir Islam modernis dan reformis; juga pada masa yang sama mengingatkan kita keperluan untuk membicarakan realiti depan mata kita hari ini berkenaan persoalan pluralism, demokrasi, hak-hak wanita dan keperluan untuk meletakkan keperihatinan kita pada waktu ini dan mencari jawapan untuk masa hadapan.


---- Dr. Farish A. Noor


Senior Fellow, RSIS Nanyang Technological University Singapore


Visiting Professor, Sunan Kalijaga Islamic University Jogjakarta dan Universitas Muhamadiyah Surakarta


MAKLUMAT BUKU:
Judul: Wacana Pemikiran Reformis Jilid I
Pengarang: Ahmad Farouk Musa
New Hb 260 pp.
Subjects: Islam, Religion
ISBN: 9789671099216
Penerbit: Islamic Renaissance Front
Tahun terbit: 2012
Harga: RM50.00*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <Wacana Pemikiran Reformis>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)



© Pidgin Technologies Ltd. 2016