Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


JIWA MERDEKA
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
JIWA MERDEKA
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 22-Oct-2013 06:34
JIWA MERDEKA
RUMUSAN
Rumusan: Selepas pilihan raya 2013 yang cukup dramatik, KEADILAN dan Pakatan telah membuktikan bahawa lanskap politikal baru akan terus berkekalan. Namun ramai bertanya, apakah sebenarnya yang ditawarkan KEADILAN? Adakah wujud pimpinan baru dan muda yang sedang dilahirkan di dalam parti? Adakah KEADILAN akan menjadi sebuah parti yang benar-benar menjiwai budaya politik baru atau hanya mengikut politik usang dan jumud? Buku ini menyediakan platform untuk pimpinan muda KEADILAN menawarkan idea, cadangan penyelesaian dan perbincangan dasar selari dengan agenda perubahan parti seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan lain-lain lagi. Mereka turut membentangkan kerangka ideologi yang digunapakai oleh pimpinan KEADILAN di dalam menentukan pandangan-pandangan di masa hadapan.

Biodata Penyunting:
NIK NAZMI NIK AHMAD merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, ADUN Seri Setia dan Pengarah Eksekutif Pusat Sepakat Sdn.Bhd. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Komunikasi KEADILAN. Pernah menulis dua buah buku iaitu Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad Ke-21 dan Coming of Age: A Collection of Essays 2001-2011.

TRICIA YEOH ialah Ketua Pegawai Operasi IDEAS. Sebelum ini beliau merupakan Pegawai Penyelidik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan pernah menjadi Pengarah Centre for Public Policy Studies ASLI. Beliau kemudiannya berkhidmat di Sekretariat Pakatan Rakyat dan
Institut Rakyat. Beliau adalah penyunting buku Liku-Liku Reformasi: Pakatan Rakyat di Selangor dan pengarang States of Reform: Governing Selangor and Penang. Dokumentari beliau, “The Rights of the Dead”, yang menceritakan kisah Teoh Beng Hock yang meninggal dunia pada tahun 2009 di bawah pengawasan SPRM.

MAKLUMAT BUKU
Judul Buku: Jiwa Merdeka: Himpunan Esei Pimpinan Muda KEADILAN
Penyunting Buku: Nik Nazmi Nik Ahmad & Tricia Yeoh
Kata Pengantar: Nurul Izzah Anwar
Tarikh terbit: 27 November 2013
Bilangan mukasurat: 157 helai
Harga pasaran: RM24.90*
*tidak termasuk kos penghantaran

Cara membeli;

1. Pls SMS 0122290944 (Type <JIWA MERDEKA>)
2. Selepas mendapat pengesahan daripada sms anda, bayaran dilakukan melalui maybank2u.com atau Maybank Kawanku ke akaun Faisal bin Mustaffa (MBB 114179439605)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016